Saturday, August 6, 2011

produk dari kampung

aku sedang mengusahakan sesuatu untuk menjana lebihan pendapatan di bulan Ramadhan...pada awalnya memang aku risau kalau2 tak sempat nak buat...dan risau kerja sebenar aku terjejas..tapi alhamdulillah...setakat seminggu ni ok lagi la...mujur la ada bantuan daripada mak dan adik...kene bagi gaji ni..hehehehe

terima kasih juga pada kawan-kawan yang menyokong usaha ku ini...terutama pada Encik yg membantu aku menjualkan produk aku ni kat pasar Ramadhan..walau pun kurang mendapat sambutan..tapi masih boleh terjual..walau tak banyak..kepada Kak Mid Uncle Sudin..thank u sebab bg tumpang...hehehe....inilah yang dikatakan rezeki datang dari Allah..kita hanya perlu berusaha saja...
kalau ade sesiape yang dtg singgah kat pasar ramadhan Jalan Kuching..boleh la dapatkan produk aku ni kat sana...gerai dia dekat belakang court futsal..gerai ni ada jual murtabak jugak..kuih2 lain pun ada...tapi puding karamel yang dijual kat sini dalam pek individu je..senang nak makan..tak ada dalam bentuk slice pun...cuba la ye...

SELAMAT MENCUBA!!!

1 comment:

pelakon realiti dunia..

My photo
bunga yang kembang sentiasa nampak cantik..semoga peribadi ku secantik bunga yang berkembang..