Monday, August 15, 2011

andai dapat ku undurkan masa.....

andainya dapat ku ulang semula..suatu zaman yang bernama kanak-kanak...mesti best..tak perlu memikirkan masalah...apa yang ada dalam otak hanyalah..main..makan..tido..jumpe kawan2...gi sekolah...itu sahaja...tiada zaman yang terindah dalam hidup untuk dilalui..melainkan zaman kanak-kanak...
kalau kene marah pun sebab markah peksa tak bagus..takpun sebab gi main..balik lambat..alangkah indahnya..
teringat masa sekolah dulu..aku dan abang ku ke sekolah naik bas..masa tu bas SRI JAYA..no bas 349..dari umah mak sampai la sekolah..kami mesti keluar rumah pukul 6.30pg..kalau tak conform lambat sampai sekolah..masa tu aku darjah 2 kot..abang dalam darjah 5...budak2 gi sekolah pagi2..biasa la..mesti ngantuk..dalam bas aku mesti tido..jadi abang la yang akan selalu kejutkan aku bila sampai sekolah...kalau dapat duk sebelah menyebelah..selamat la..tapi bila terpisah duduk..abang la yang paling susah hati..macamana nak kejutkan aku..terpaksa la buat tebal muka..mintak tolong makcik2 yang duk sebelah aku kejutkan...
sekarang..kami dah pun menjangkau usia 30-an..kenangan tu sentiasa menjadi bahan cerita bila kami berjumpa..kalau nak mengata sesama sendiri..abang akan selalu ungkit cerita ni..hahahaha..kelakar la plak..
bila abang masuk sekolah menengah..aku selalu terlepas sekolah...walau pun aku terpaksa bawak adik aku ke sekolah..aku tak boleh jadi macam abang..sebab aku yang tido..ehmmmm...
zaman kanak2 yang paling best....

No comments:

Post a Comment

pelakon realiti dunia..

My photo
bunga yang kembang sentiasa nampak cantik..semoga peribadi ku secantik bunga yang berkembang..