Tuesday, March 15, 2011

PadaMu Ya ALLAH

Ya ALLAH
Aku mohon pada MU 
Ampuni lah segala dosaku
Dosa kedua ibubapaku
Rahmatilah hidup kaum keluargaku
 
Ya ALLAH
Murahkan lah rezekiku dan rezeki ibubapaku dengan rezeki yang halal
Berkatilah rezeki yang kami perolehi
Berkatilah pekerjaan yang kami lakukan
 
Ya ALLAH
Tabahkan lah hatiku dalam menempuhi ujian di dunia
Kuatkan imanku dalam melawan nafsu dalam diri
Peliharalah akhlak ku dan hindarilah aku dari melakukan perkara-perkara yang dilarang olehMU
 
Ya ALLAH
Andai telah ditakdirkan dia untukku
Satukan lah hati kami
Pertemukan dan permudahkan jodoh kami
 
Ya ALLAH
DaripadaMU aku datang
KepadaMU jua aku akan kembali
dan
Hanya padaMU aku bermohon dan berserah
Amin Ya Rabbal A'lamin.....

Ya Allah..pelihara lah mereka sebagaimana mereka memeliharaku

Thursday, March 10, 2011

selamber jek???

hari ini merupakan hari yang terakhir Kejohanan Balapan dan Padang MSSWP Zon Sentul..aku merupakan salah seorang pegawai yang bertugas semasa kejohanan...ni bukan la tahun pertama aku jadi pegawai..enam tahun ada la kot...macam-macam perangai budak sekolah yang aku jumpe...yang sekolah rendah cara sekolah rendahnyer..yang menengah..menengah nyer..ish..mabuk aku...
     aku ni bertugas dibahagian penyelia peserta..keje aku ni panggil peserta yang nak memulakan acara..pastikan diorang ni melapor diri..kemudian hantar ke venue acara masing-masing..budak sekolah rendah ni..kalau panggil..diorang datang..suruh duduk..diorang duduk..memang dengar arahan la..senang sikit la nak nguruskan...tapi...budak sekolah menengah..ermmmm...panggil 400 kali pun tak dengar...nak susun diorang ni..hadui..seksa..tak takut langsung ngan aku yang garang ni..(garang ke?)..geram je nengok kan..sabo je la..
       masa lunch break..aku ngan geng pegawai ni..gi la makan..tu pun sebab masa break panjang..makan kat shopping mall kat sri petaling...mula-mula ingat nak main bowling jap..tapi fully booked plak..so..terus la kitorang ni gi makan...orang belanja...on the way tu..nampak la..satu group budak sekolah ni..lepak kat tangga...kitorang kan cikgu..so pandang la..kat geng ni...nak tengok perangai bebudak sekolah ni..oh..rupenyer..isap rokok..pompuan tu..rileks je..ada satu couple ni..hamboi--hamboi...peluk-peluk..plak..yang tak best tu pakai baju MSSM...ada geng aku ni pun pakai baju MSSM tu..bukan dia tak nampak kitorang pandang kat dia..bukan jauh pun ada la dalam 5 meter gitu..boleh buat selamber jek...ish..ish..ish..budak-budak sekarang...

pelakon realiti dunia..

My photo
bunga yang kembang sentiasa nampak cantik..semoga peribadi ku secantik bunga yang berkembang..